Pages

Thursday, December 8, 2016

Singapore Trip 25112016 - 27112016



Kali ni trip ke Spore bersama kwn PMCJ. Korang mmg best laaa....Aida, Elly, Ina, Put and Julai. Ehhh ada sorang hero cilik la yg ikut geng mak jemah ni, Afiy.. son of Julaina.

Ok, nak letak pic je.. tak yah tulis panjang lebar kan. Biar lah gambar yang berbicara. 






Masa kt Merlion Park ni da panas sgt2, rasa mcm da tak larat padahal ni 1st place yg kitaorg visit. Rasa macam nak blk.. tak mau jalan2 dah..panassss...muka pon semacam jer... Tp diorg semua best so penat n panas tu jap jer rasa... Teringat masa dulu2 round2 bdr Kuching. Masa tu muda lagi mmg kuat la.. apa lah sgt setakat jalan2 pusing bandar tu jerrrr.... 


Lunch kat Zam Zam Restaurant 



Yeahhh... we are here...




Okay, cant wait for the next trip... Hatyai kami datangggg...



Terima Kasih.








Tuesday, November 15, 2016

Dalam Dilema...


Kuuuu di dalam dilema... Tengah pikir nak buat keputusan samada berenti keje duk umah atau berenti keje cari keje lain atau tetap teruskan keje kt company skang. 

Okay kita citer bab lain lah. Kalau boleh tak mau sedih2 lagi.. tapi tetap jgk tak boleh tahan. Sedih, stress, terkilan dan macam2 lagi. Asyik stress dan nanges je..cpt tua la kalau macam ni.... hahaha... Memang pon dah tua. Ku sedar diriku ini.. :-)

Sorang je kat ofis ni, busan dan malas nak keluar lunch. Perut pon tak lapar sgt tadi dah breakfast. Nasi lemak 3-4 suap n karipap seketul. Sebenarnya byk benda yang bermain kat kepala ni tapi tak tau nk luahkan kat siapa, nak tulis lagilah tak reti... 

Next time kita jumpa lagi... Byee



Terima kasih.







Wednesday, October 26, 2016

Mood Sedih

Ada masa kita perlu menangis supaya kita tahu dunia ini bukan hanya untuk gembira. Tak tau kenapa tapi sejak malam tadi air mata ni macam tak leh tahan2..asyik nk menitis je... Nasib baek org sebelah tak perasan.. Nanti pelik plk dia..angin takde ribut pon takde tapi tetiba hujan mencurah2.. Tak tau apa perasaan sebenar tapi yang ku tau ku hanya ingin menangis...sedih?? geram?? terkilan?? tak tau nak luahkan kat siapa.. Sebenarnya dah lama ku tak de perasaan macam ni. Adakah perasaan ini berpunca dari "dia"...?? Owhhh tidakkk sama sekali.. Pisang takkan berbuah dua kali. No more chance for second time okayy. Fullstop.   Anyway, I need a shoulder to cry on please...!!!!! 






**Status facebook ku arini 26102016:

Dont take me for granted... 😐😟😞😓😒🙁

When I give, it does not come with strings. I’m not keeping track of what you owe me. When I give, I choose to do so without ulterior motives. I give because I’m genuine. I give because I know what it’s like to be without, to long for and be ignored, to speak and not be heard, to care for and have nothing returned. When I give it’s because I get it. It’s because I know the value in what I have in my heart and I refuse to let the world stop me from sharing that. But when things start being taken for granted. When you no longer appreciate my sincerity. I won’t switch, I won’t get angry, and I won’t be spiteful. I’ll just get smart and I’ll change your role in my life. Because when I give, I’m all in. But when I’m done, there’s no looking back. — Robert Hill Sr.


Menangis dalam diam. Tertawa dalam kesedihan serta tersenyum dalam beban... ahaksss... ahaksss.. sudah cukup sudahhhh.. jangan sedih2 lagi. Tapi sangat2 sedih kan.. bila kita perasan org layan kita macam sampah... ehhh..sampah dah teruk sangat tu macam habuk je kot...kalau sampah dah kena campak keluar ni.. huhu... Lupakan kesedihan ku ini... Jumaat ni blk kampung... yeahhhhhh yeahhhhh.. 


Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim
“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Terima kasih.










Monday, September 26, 2016

Pelukan Suami Dapat Bantu Isteri Kurangkan Berat Badan


Tajuk entry kali ni ada kaitan ngan diri sendiri... Sejak lepas raya ni berat badanku semakin bertambah.. Nak kata Mr Husband da kurang peluk takde la jgk.. masih sama macam dulu.. hurmmmm.. rasanya faktor usia kot..bila usia semakin meningkat kadar metabolisme badan semakin menurun..so badan cepat naik dan susah nak turun.
Skang ku dlm usaha untuk menurunkan berat badan sebanyak 7kg..!!!! Harap2 tahun depan ku berjaya slim...!!!!..yeahaaaaaa..!!!!!
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.  Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.  Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.   Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami…..
1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.
Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?
Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.
Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.
Sumber : Dr. Amirul Amin

Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2016

Petua  :-)



Sekarang ini semua orang berlumba-lumba nak jaga badan luar dan dalam supaya sentiasa cantik dan sihat. Betul tak? Kalau lihat dipasaran pelbagai jenis produk kurus dan pelangsingan yang belum tentu selamat penggunaannya.

Jadi, daripada korang buang duit beli produk yang belum tentu selamat tu apa kata cuba detox semulajadi yang saudari Nureeman Ramli kongsikan ini. dah boleh maintain kurus, langsing, buang toksin dan sebagainya. Patutla cantik je orangnya. Jom cuba!
Cuma guna 3 jenis bahan semulajadi jer:
LEMON + HALIA + BAWANG PUTIH
Cara penyediaan :
1. Potong halus 3 bahan :-
– 3 biji lemon (jangan buang kulit) potong
– 3 labu bawang putih (buang kulit) potong
– 2-3 inci halia (buang kulit) potong
2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis ?
6. Lepastu dah boleh minum
*Lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport (dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.
Ambil sebelum breakfast untuk kurus, perut kempis dan pelbagai lagi khasiat
Cara minum:
– Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan malam sebelum tidur
– Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
Kelebihan/khasiat:
– Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat
Khasiat lemon bila diamalkan setiap pagi
(especially diamalkan setiap pagi)
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.
2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!
3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.
4) Ramai yg ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa2, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dpt diseimbangkan.
5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.
sumber: Nureeman Ramli

p/s: masih lagi di ofis.. tgh menunggu dan menunggu.. hurmmmm

Terima kasih.

Tuesday, September 6, 2016

Welcome Back...!!!!!!!

Wahhhh...lamanya tak menulis...4 tahun tak melawat blog ni.. bukan sbb bz tapi tak tau sbb apa.. skang kat ofis..menghitung detik nak balik.. lagi 3 min...yeehaaaaa...

to be cont.... bye.... bye...



Terima kasih.

Monday, June 6, 2016

Happy 15th "Ling Ai" Anniversary (6601 - 6616)


My love, my life, my heart . They all belongs to you since the first day you walked into my life... 💓

Buat Suami :

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta



To My Husband, Mr Azman.. I Choose You... And I'll Choose You Over And Over. Without Pause, Without A Doubt, In A Heartbeat.
I'll Keep Choosing You...❤️❤️❤️


Daripada:

Isteri 💋

💓💝💘💗💜💛💙💕







Selamat Ulangtahun Pernikahan ke-13 buat suami ku sayang.. love you from the moon and back to infinity and beyond forever and ever... 💓 07 Jun 2013 - 07 Jun 2016💓


Terrima Kasih.