Pages

Tuesday, September 20, 2016

Petua  :-)



Sekarang ini semua orang berlumba-lumba nak jaga badan luar dan dalam supaya sentiasa cantik dan sihat. Betul tak? Kalau lihat dipasaran pelbagai jenis produk kurus dan pelangsingan yang belum tentu selamat penggunaannya.

Jadi, daripada korang buang duit beli produk yang belum tentu selamat tu apa kata cuba detox semulajadi yang saudari Nureeman Ramli kongsikan ini. dah boleh maintain kurus, langsing, buang toksin dan sebagainya. Patutla cantik je orangnya. Jom cuba!
Cuma guna 3 jenis bahan semulajadi jer:
LEMON + HALIA + BAWANG PUTIH
Cara penyediaan :
1. Potong halus 3 bahan :-
– 3 biji lemon (jangan buang kulit) potong
– 3 labu bawang putih (buang kulit) potong
– 2-3 inci halia (buang kulit) potong
2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis ?
6. Lepastu dah boleh minum
*Lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport (dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.
Ambil sebelum breakfast untuk kurus, perut kempis dan pelbagai lagi khasiat
Cara minum:
– Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan malam sebelum tidur
– Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
Kelebihan/khasiat:
– Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat
Khasiat lemon bila diamalkan setiap pagi
(especially diamalkan setiap pagi)
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.
2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!
3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.
4) Ramai yg ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa2, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dpt diseimbangkan.
5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.
sumber: Nureeman Ramli

p/s: masih lagi di ofis.. tgh menunggu dan menunggu.. hurmmmm

Terima kasih.

No comments: