Pages

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, September 26, 2016

Pelukan Suami Dapat Bantu Isteri Kurangkan Berat Badan


Tajuk entry kali ni ada kaitan ngan diri sendiri... Sejak lepas raya ni berat badanku semakin bertambah.. Nak kata Mr Husband da kurang peluk takde la jgk.. masih sama macam dulu.. hurmmmm.. rasanya faktor usia kot..bila usia semakin meningkat kadar metabolisme badan semakin menurun..so badan cepat naik dan susah nak turun.
Skang ku dlm usaha untuk menurunkan berat badan sebanyak 7kg..!!!! Harap2 tahun depan ku berjaya slim...!!!!..yeahaaaaaa..!!!!!
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.  Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.  Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.   Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami…..
1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.
Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?
Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.
Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.
Sumber : Dr. Amirul Amin

Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2016

Petua  :-)



Sekarang ini semua orang berlumba-lumba nak jaga badan luar dan dalam supaya sentiasa cantik dan sihat. Betul tak? Kalau lihat dipasaran pelbagai jenis produk kurus dan pelangsingan yang belum tentu selamat penggunaannya.

Jadi, daripada korang buang duit beli produk yang belum tentu selamat tu apa kata cuba detox semulajadi yang saudari Nureeman Ramli kongsikan ini. dah boleh maintain kurus, langsing, buang toksin dan sebagainya. Patutla cantik je orangnya. Jom cuba!
Cuma guna 3 jenis bahan semulajadi jer:
LEMON + HALIA + BAWANG PUTIH
Cara penyediaan :
1. Potong halus 3 bahan :-
– 3 biji lemon (jangan buang kulit) potong
– 3 labu bawang putih (buang kulit) potong
– 2-3 inci halia (buang kulit) potong
2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis ?
6. Lepastu dah boleh minum
*Lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport (dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.
Ambil sebelum breakfast untuk kurus, perut kempis dan pelbagai lagi khasiat
Cara minum:
– Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan malam sebelum tidur
– Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
Kelebihan/khasiat:
– Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat
Khasiat lemon bila diamalkan setiap pagi
(especially diamalkan setiap pagi)
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.
2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!
3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.
4) Ramai yg ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa2, lemon sebenarnya dpt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dpt diseimbangkan.
5) Of course, kalo sebut ttg vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lg cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yg ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.
sumber: Nureeman Ramli

p/s: masih lagi di ofis.. tgh menunggu dan menunggu.. hurmmmm

Terima kasih.

Tuesday, September 6, 2016

Welcome Back...!!!!!!!

Wahhhh...lamanya tak menulis...4 tahun tak melawat blog ni.. bukan sbb bz tapi tak tau sbb apa.. skang kat ofis..menghitung detik nak balik.. lagi 3 min...yeehaaaaa...

to be cont.... bye.... bye...



Terima kasih.

Friday, February 17, 2012

Untuk Tatapan Wanita Yang Bergelar Isteri... :-)

baru lepas masak utk lunch arini... kena msk awal sket arini sbb anakanda blk skol kul 12.05 t/hari... tp arini sempat lah dia rehat jap sblm ke sek agama yg bermula kul 2.30 ptg... sambil rileks spt biasa la mencari sumber bacaan yg berilmiah....bagus sgt kan... :-)

arini terbaca psl kelebihan menjadi seorang isteri.... rasanya baru 2-3 post yg lps psl kelebihan wanita/IBU... banyak betul kelebihan wanita... jgn disia2kan kelebihan yg dianugerahkan Ilahi... (peringatan utk diri sendiri...)


...Untuk semua wanita yang bergelar isteri ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"....


~~copy from others...~~ (x ingt sumber dr mana...)



Thursday, February 16, 2012

Tips Ajar Anak Makan Sayur dan Buah

Pg td lps htr Damia ke skolah terus pegi KKIA utk check up... sampai klinik lbh kurang kul 8.15 pg.. dlm kul 10 lbh baru lah nama ku dipanggil...fuhhh...lama giler menunggu cik misi2 ku...boring busan semua ada...seb bek sempat beli kuih utk mengisi perut yg agak kelaparan... settle semua dlm kul 11.30pg... amik kau...3 jam menunggu kat klnik...biasa la klnk gomen kan...kalau nk cpt pegi lah private nyer...

blk dr klnk terus amik damia kt skol..dia blk kul 12.30...lepaking dlm keta jap sambil muhasabah diri... sampai je umh masak bihun sup utk kami ber2...damia bkn main lg berselera mkn sup...peberet katanya..terus ckp "u r the best mommy..." bodek la tu...


skang masa utk relakskan diri... terjumpa info ni kt FB PIICM.. nk pastekan kt cni utk panduan.. moga2 ank2 ku suka mkn syr...



Tips Ajar Anak Makan Sayur dan Buah


Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah-buahan.

1. Ibubapa sebagai contoh

Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan

Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak

a. Hijau

- Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
- Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
- Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.

b. Merah

- Mengandungi likopen dan asid elagik.
- Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
- Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.

c. Kuning-jingga

- Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
- Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
- Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

d. Putih

- Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
- Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
- Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,

e. Biru-ungu

- Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
- Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
- Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka

Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.

Selamat mencuba. Saya doakan agar cita-cita anda menjadi kenyataan. Amin.


sekian, terima kasih... :-)




Monday, February 6, 2012

BESARNYA PAHALA SEORANG IBU... :'

di copy dr FB kawan...


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
...
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


~~betapa besarnya pahala menjadi seorang ibu....~~







Thursday, January 27, 2011

mas cotek



ari yang mendung... dan skang hujan dah mulai turun membasahi bumi.... alhamdulillah... hujan membawa rahmat....

tetiba arini teringin nk tau psl kelebihan pokok mas cotek... so aku google lah.... dan hasilnya inilah:



pokok mas cotek


Mas Cotek atau nama saintifiknya FICUS DELTOIDEA mengandungi bahan aktif yang baik untuk tubuh. Bahan2 tersebut ialah, Flavanoid, Triterpenoids, Proanthocyanins, Phenols, dan Tannis. Bahan bahan ini berfaedah untuk memperbaiki peredaran darah, mengeluarkan toksin di dalam badan, memecahkan lemak dan membuang kolestrol dalam darah, memperbaiki daya fokus dan ingatan, baik untuk kencing manis dan darah tinggi, lemah jantung, sakit pinggan, mengurangkan keletihan, meningkatkan keinginan seks, serta menguatkan otot2 kelamin.

Kelebihan lain mas cotek:


1. Mengeluarkan toksin dalam badan
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Sakit urat saraf
4. Gout
5. Kencing manis
6. Darah tinggi
7. Membuang kolestrol dan lemak
8. Buasir
9. Migraine /sakit kepala
10. Paru-paru berair
11. Pemulih tenaga batin
12. Sakit puan
13. Senggugut
14. Sakit pinggang
15. Keletihan
16. Masalah tidur
17. Rangsangan hormon lelaki
18. Mengecutkan rahim peranakan
19. Merapatkan pintu rahim
20. Sakit lutut
21. Mencantikkan dan melicinkan kulit
22. Demam/ Selesema
23. Awet Muda
24. Mengelak Angin Ahmar



**Selamat mengamalkan minum air rebusan mas cotek utk mengekalkan kesihatan....insyaAllah.




Tuesday, January 25, 2011

KANGKUNG

gambar kangkung

sajer nk kongsi citer sket sbb2 aku kurang menggemari (tak makan kotss...) sayur KANGKUNG... tak tau lah citer ni betul ke tdk..tp ms kecik2 dl.. zaman aku sek rendah kot aku pernah dgr org2 tua kt kg aku (mak, kakak, sedara mara aku) dok bercerita psl kes kangkung ni... alkisahnya terdapat lintah dlm batang kangkung.... kesahihannya aku tak pasti...tp sedikit sebanyak meninggalkan kesan ada pd aku.... iaitu aku tak makan kangkung... akan tetapi aku mmg tak suka makan sayur2an pon.... maklum la mknn yang berkhasiat... huhuuhuu


kat sini aku nk kongsi citer psl kangkung ni lg yang aku perolehi dr email... rajin betul menyelongkar email2 lama....

APAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG? Jika anda penggemar kangkung, tidak kira ca kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung. Saya mendapat cerita ini dari seorang teman, tapi saya lupa di negara mana, yang jelas antara Singapura / Malaysia. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak sembuh. Di klinik orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak tersebut tidak mau makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malamnya anak tersebut baru saja diajak makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia.

Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak. Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang tadinya hanya 1 dalam 2 hari berkembang biak dengan cepatnya karena terus menerus menghisap darah yang ada, doktor juga kebingungan, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah menjadi sangat banyak dari dalam usus anak malang itu. Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

sumber: email lama...

**kangkung cos tu apa yer....???

Monday, January 24, 2011

aku bukan...


Aku Bukan Billy Milligan .....

Sinopsis...

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!


***p/s: dah lupa jln citer nya sbb novel pinjam jer....huhuuhuhuuu