Pages

Thursday, February 23, 2012

~~m*l*s + ny*mp*h~~

pg yg ceria tp aku rasa boring jer dok sorang2 kt umh... arini mood malas masakkk... smlm masak nasi n lauk ayam kicap + sayur goreng... arini tatau nk msk apa dan yg penting m.*.l.*.s.... goreng bihun je la utk lunch nnt...hihihi...

td dpt sms dr seseorg dan tiba2 plk rasa nyampah sgt ngan dia.....isyyyy...tak baik ler... tp mmg tiba2 rasa nyampahhhh nk buat mcmn kan...??..

ok... sbb terlalu busan no idea la nk tulis menda lg.. adakah tdo itu lbh baik disaat ini..???


**sbnrnya nk luahkan perasaan nyampah kt seseorg jer... tp skang dh ok.. :-)





Friday, February 17, 2012

Untuk Tatapan Wanita Yang Bergelar Isteri... :-)

baru lepas masak utk lunch arini... kena msk awal sket arini sbb anakanda blk skol kul 12.05 t/hari... tp arini sempat lah dia rehat jap sblm ke sek agama yg bermula kul 2.30 ptg... sambil rileks spt biasa la mencari sumber bacaan yg berilmiah....bagus sgt kan... :-)

arini terbaca psl kelebihan menjadi seorang isteri.... rasanya baru 2-3 post yg lps psl kelebihan wanita/IBU... banyak betul kelebihan wanita... jgn disia2kan kelebihan yg dianugerahkan Ilahi... (peringatan utk diri sendiri...)


...Untuk semua wanita yang bergelar isteri ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"....


~~copy from others...~~ (x ingt sumber dr mana...)



Thursday, February 16, 2012

Tips Ajar Anak Makan Sayur dan Buah

Pg td lps htr Damia ke skolah terus pegi KKIA utk check up... sampai klinik lbh kurang kul 8.15 pg.. dlm kul 10 lbh baru lah nama ku dipanggil...fuhhh...lama giler menunggu cik misi2 ku...boring busan semua ada...seb bek sempat beli kuih utk mengisi perut yg agak kelaparan... settle semua dlm kul 11.30pg... amik kau...3 jam menunggu kat klnik...biasa la klnk gomen kan...kalau nk cpt pegi lah private nyer...

blk dr klnk terus amik damia kt skol..dia blk kul 12.30...lepaking dlm keta jap sambil muhasabah diri... sampai je umh masak bihun sup utk kami ber2...damia bkn main lg berselera mkn sup...peberet katanya..terus ckp "u r the best mommy..." bodek la tu...


skang masa utk relakskan diri... terjumpa info ni kt FB PIICM.. nk pastekan kt cni utk panduan.. moga2 ank2 ku suka mkn syr...



Tips Ajar Anak Makan Sayur dan Buah


Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah-buahan.

1. Ibubapa sebagai contoh

Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan

Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak

a. Hijau

- Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
- Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
- Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.

b. Merah

- Mengandungi likopen dan asid elagik.
- Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
- Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.

c. Kuning-jingga

- Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
- Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
- Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

d. Putih

- Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
- Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
- Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,

e. Biru-ungu

- Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
- Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
- Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka

Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.

Selamat mencuba. Saya doakan agar cita-cita anda menjadi kenyataan. Amin.


sekian, terima kasih... :-)




Tuesday, February 14, 2012

kenangan dulu2...


Untukmu Sayang – Febians

keindahan pelangi adalah
keindahan wajahmu sayang
yang sering bermain dimata hatiku ini

keharuman bunga kasihku
hanyalah untukmu sayang
bagaikan pantai dan lautan
takkan terpisah

kasih sayangku ini hanyalah untukmu
kutelah berjanji
kaulah yang satu
dalam hati ini untuk selamanya
oh..sayang
ooo..ooo..untukmu sayang




walaupon lagu ni simple je tapi ia amat bermakna bagi diriku... lagu zaman berchenta2 dl... BF (skang dh jd suami) bg lagu ni... sampai skang kalau pegi karaoke dia mesti akan nyanyi lagu ni for me.... semoga cinta kasih sayang kita akan berkekalan hingga akhirat... AMINNNN...
B love u so much...



Monday, February 6, 2012

BESARNYA PAHALA SEORANG IBU... :'

di copy dr FB kawan...


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
...
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


~~betapa besarnya pahala menjadi seorang ibu....~~







Tuesday, January 3, 2012

Hari Orientasi My Princess Damia Irdina...


Hari ni 30 Dis 2011 (Jumaat) buat pertama kali Damia Irdina akan memakai uniform sekolah yg lengkap...arinii Mia ada orientasi & ujian kt sekolah... kul 6.45 mama kejut Mia seb baik senang jer Mia bangun...biasa nya susah bgn awl sbb dia biasa tdo lmbt sbb tgk katun...pastu tdo jap mengigau ntah apa2...maka terganggu lah tdo abah...kesian abah..dh la kena bgn awl...mama memang xlarat nk bgn utk layan Mia dh skang ni...nk bgn utk ke toilet pon seksaaa....huhuuhhhuuu

kul 7.30 Mia dh ready nk ke skolah....mama terpaksa htr Mia sorang2 sbb abah kena msk keje jap tp dlm kul 10 abah blh join kitaorg kt skolah.... sampai skolah Mia tepat jam 8pg...ibubapa dan ank2 thn 1 dh ramai masa tu..tgk Q pon agak blh tahan...lps cek nama Mia kt kelas mana mama n Mia pon Q...blh tahan jgk...kalau abah ada blh la mama duduk jap...hehehee...

Mia kena menduduki ujian dan mama dok dengar taklimat dr guru sorang2 sambil menguap..isyyy22 teruk betul la....kalau ada abah boleh jgk borak2... dah abis taklimat bwk Mia pi kantin...mkn time...part yg plg Mia suka la ni...

abah sampai dlm kul 10 lbh...lps dpt buku teks n berbaris pjg utk beli buku tulis kitaorg pon blk dgn kepenatan....singgah kdai isi perut n blk umh tdoooo.....heheee

Friday, January 28, 2011

lagu2 peberetku...





gambar ini tiada kena mengena dengan penulisanku di bawah ini....
sekadar hiasan shj.... hahaha


pagi nan indah. semoga seindah perjalanan hidupku arini..... nak kongsi citer sket pasal lagu2 dr indonesia... sebelum ni (zaman SO7, Peter Pan dan seangkatan dengannya) aku mmg tak suka dan tak layanzzz lagu2 indonesia ni.. tp suatu hari masa tu aku keja kt bangsar, aku lepak ngan ofsmate (skang dh lost contact...huhuuh) dan aku telah menceroboh PC siapa ntah (samada ayed, ajak, adib atau rizal.. sori yer adik2ku...) dan terjumpa lagu2 dr kumpulan yg aku tak pernah amik tau pon sblm ni iaitu kumpulan UNGU dan SAMSONS..... setelah aku dgr lagu dari kumpulan ni aku tlh jatuh hati ngan lagu2 nya... dan sejak hari tu sampai skang lagu2nya menjadi peberet aku.... sampaikan anakku pon dah tau bila dgr lagu ni dia akan kata " tu lagu mama"... antaranya lagu2 yang aku letak kt bwh ni....



lagu peberet aku nih.. dan dia juga.....
dan sgt menggemari VC ini jgk.... :-)
satu2nya penyanyi wanita Indonesia yg aku minati... comel & cute bersuara besttt.... ROSSA




juga lagu ini menjadi peberetku.... :-)
aku jadikan dua2 lagu kt ats ni sbg CRT... dan seorang lelaki berbangsa Cina pernah menelefonku dan dia bertanyakan aku apa tajuk lagu ni dan siapakah penyanyi nya...katanya nice song dan dia menyukainya.... biasanya jarang org cina yg sukakan lagu melayu/indonesia yg ala2 jiwangs karatss ni... opssss....




dan lagi.... lagu peberetku... also my BFF... ;-)

sekian sahaja untuk arini.... terima kasih...